Soalan Lazim

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Kelab Pengguna Sekolah?
    Kelab Pengguna Sekolah (KPS) merupakan kelab yang ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah dengan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Kelab ini mula ditubuhkan pada tahun 1992 dan berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.
  • Apakah kelebihan sekiranya pelajar sekolah menyertai kelab ini?
    Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya pelajar menyertai kelab ini. Antaranya ialah :
    → Meningkatkan pengetahuan dan pelajar tentang ilmu kepenggunaan
    → Menambahkan daya kreativiti dan inovasi pelajar dalam mempraktikkan ilmu kepenggunaan yang diperolehi
    → Berpeluang untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak KPDNKK seperti Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS)
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS)?
    Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS) merupakan program tahunan anjuran bersama KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana ianya melibatkan penyertaan ahli-ahli Kelab Pengguna Sekolah dari seluruh negara. CIP KPS adalah program pertandingan interaktif peringkat sekolah ala explorace. Namun begitu pertandingan ini tidak sewajarnya dilihat sebagai satu perlumbaan semata-mata. CIP KPS merupakan satu platform pembelajaran interaktif yang efektif dalam usaha membentuk generasi pengguna muda, khususnya di peringkat sekolah agar menjadi seorang pengguna yang berilmu, bijak dan bertanggungjawab.
  • Bagaimanakah caranya untuk sekolah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah dan cara bagi pelajar untuk menyertai Kelab Pengguna Sekolah?
    Bagi menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah di sekolah masing-masing, pihak sekolah boleh menghubungi pejabat KPDNKK berhampiran atau terus menghubungi ibu pejabat KPDNKK negeri masing-masing. Pihak KPDNKK akan memberikan penerangan terperinci cara-cara bagi pihak sekolah untuk menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah. Bagi pelajar pula, sekiranya mereka berminat untuk menyertai Kelab Pengguna Sekolah, mereka boleh terus berdaftar melalui guru penasihat kelab yang telah dilantik oleh pihak sekolah.
Hakcipta Terpelihara KPDNKK © 2016
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768