Ikrar

Bahawasanya kami Ahli Kelab Pengguna Sekolah
Dengan ini berikrar dan berjanji akan menjadi pengguna muda yang bijak, bertanggungjawab dan perkasa dalam setiap tindakan

Kami akan :-
  • Berazam meningkatkan ilmu dan kesedaran kepenggunaan
  • Bekerja kearah menjayakan program Kelab Pengguna Sekolah
  • Berusaha menyebarluaskan dan berkongsi maklumat kepenggunaan
  • Mempertahankan hak-hak pengguna agar dihormati
  • Menjadi pengguna kini yang bertanggungjawab terhadap pengguna masa hadapan
  • Tekad membudayakan perlindungan kendiri ; dan
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama, amalan-amalan murni dan patriotisme