Program KPS

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIPKPS) 2018 PERINGKAT KEBANGSAAN

   26/09/2018 hingga 28/09/2018
    W.P. Putrajaya
   235 likes


CIP KPS 2018 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 26 – 28 Sept 2018. Tema CIP KPS pada tahun 2018 adalah Back to Nature. Seiring dengan tema ini, CIP KPS Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF), Sungai Udang, Melaka. Pemilihan MTFF sebagai lokasi cabaran pada tahun ini salah satunya adalah bagi menanamkan rasa cinta peserta terhadap alam semulajadi bersesuaian dengan tema pada tahun ini.

Pertandingan ini telah melibatkan penyertaan 64 orang pelajar daripada 16 buah sekolah menengah yang merupakan pemenang CIP KPS Peringkat Negeri masing-masing. Flag Off CIP KPS 2018 telah dilepaskan oleh Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan iaitu Puan Zaiton binti Yahya pada 27 September 2018.

Majlis Penutup CIP KPS 2018 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh Menteri KPDNHEP iaitu YB Datuk Seri Saiffudin Nasution bin Ismail  pada 28 September 2018 bertempat di Dewan Puteri, Hotel Pantai Puteri, Melaka. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Majlis telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.

Berikut merupakan senarai kedudukan mengikut negeri. 
 
SENARAI PEMENANG
CIP KPS 2018 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh            :           26 – 28 SEPTEMBER 2018
Tempat          :           Melaka Tropical Fruit Farm, Melaka
 
BIL SEKOLAH NEGERI MARKAH KESELURUHAN MASA
KETIBAAN (PM)
KEDUDUKAN
1. Sekolah Berasrama Penuh Intergasi Jempol Negeri Sembilan 75 12:04 JOHAN
2. Sek Men Imtiaz Yayasan Terengganu, Kemaman Terengganu 74 12:19 NAIB JOHAN
3. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya 73 12:32 TEMPAT KETIGA
4. SMK Agama Baling Kedah 73 12:44 4
5. SMK Chung Hua Miri Sarawak 73 12:17 5
6. SM Sains Tunku Syed Putra, Kangar Perlis 72 12:20 6
7. SMK St. Francis Convent (M), Kota Kinabalu Sabah 70 12:33 7
8. SMKA Wil. Persekutuan Labuan WP Labuan 70 12:37 8
9. SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan 70 12:49 9
10. SMA Persekutuan Bentong Pahang 68 12:17 10
11. SAM Bandar Baru Salak Tinggi Selangor 67 12:01 11
12. St. John’s Institution WP Kuala Lumpur 64 12:29 12
13. SMK Mtehodist (ACS) Melaka 64 12:48 13
14. SMK Agama Kerian Perak 61 12:35 14
15. SMA Addiniah, Muar Johor 61 12:37 15
16. SMK Tun Hussein Onn Pulau Pinang 60 12:40 16