Program KPS

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIPKPS) 2018 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

   28/08/2018 hingga 28/08/2018
    W.P. Putrajaya
   195 likes


Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS) 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor telah dilangsungkan pada 28 November 2018 (Selasa) bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Seperti kebiasaan pada tahun tahun sebelumnya, sistem penggiliran tuan rumah akan diadakan bagi 3 negeri ini dan tahun ini merupakan giliran KPDNHEP Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Penyertaan pada tahun ini melibatkan 30 buah pasukan dari 3 buah negeri dengan jumlah peserta seramai 120 orang. Manakala guru pengiring pula adalah seramai 30 orang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Muez bin Abdul Aziz (TKSU Kepenggunaan & Pengurusan).